Thursday, August 20, 2009

Usaha, Disiplin Tangga Kejayaan

Pepatah melayu sebelum yang kita dengar dan mungkin baca mengatakan usaha tangga kejayaan. Walau bagaimanapun bila saya melihat prestasi pelajar yang cemerlang dan bukan cemerlang semasa mengongsikan teknik belajar dan memberi ceramah motivasi... terdapat satu perkara yang membezakan pelajar yang cemerlang dan bukan cemerlang.

Hendak tahu apa dia?

Disiplin. Ya kebanyakan pelajar yang cemerlang mereka berusaha dengan penuh konsisten mana kala pelajar yang kurang cemerlang pula mereka tetap ada usaha untuk mencapai matlamat mereka tetapi usaha mereka tidak konsisten. Ini bermaksud mereka kurang disiplin dalam menetapkan usaha mereka mencapai matlamat yang tekah ditetapkan.

Oleh para pelajar sekalian, untuk berjaya kita tidak boleh hanya berusaha pada hari ini sahaja tetapi hendaklah teruskan usaha anda dalam pembelajaran anda sehingga detik-detik akhir hari peperiksaan anda.

harap nasihat ini dapat membantu anda.

No comments:

Post a Comment